Alhamdulillah masih diberi oleh Allah kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya.
Moga segala kurniaannya dapat disyukuri sebaiknya.
Mulai hari ini Back 2 Basic.
Back 2 Basic
Mulakan saat ini seperti dulu yang dimulakan.
Jika bertemu dengan orang yang baru dikenali berhati2 jgn terus mempercayai dan akhirnya mudah ditipu begitu sahaja.
Back 2 Basic
Jika berjanji dengan orang yang baru dikenali pastikan janji ditulis jika melibatkan hutang dan perjanjian.Jangan mudah mempercayai hingga di tipu ke babak terakhir.
Back 2 Basic
Jika berniaga dengan orang yang kononnya dikenali kena waspada kerana semuanya boleh berlaku sekelip mata. Ditipu , ditinggalkan , banyak aku punya sikit engkau punya. Untung kita bagi sama2 bila rugi kau tanggung lah sorang2.
Back 2 Basic
Semua yang dilakukan perlu kepada asas yang kukuh dan gerak hati yang kuat agar tidak mudah dipermainkan dengan game yang simple tapi membunuh.
Back 2 Basic
Sebelum mulakan sesuatu ingat padaNya selalu..mulakan dengan meminta petunjuknya.
Sedang ia bermula jangan longgar ikatan denganNya...kelak tiada tempat pergantungan.
Selepas semuanya selesai bersyukurlah padaNya..kerana Dialah yang mengaturkan segalanya.
Pesan Guru Saya..
Tiada bergerak sesuatu zarah tanpa izin Allah.
Segala yang berlaku ada hikmah disebalik ilmu Allah
Allah berhak menjadikan sesuatu dengan izinNya.